Melalui
membaca seseorang itu akan mendapat pelbagai faedah untuk diri
sendiri.Antara kebaikan membaca ialah seseorang itu dapat meluaskan ilmu
pengetahuan tentang isu-isu semasa seperti ekonomi,politik,dan
sosial.Ibubapa pada hari ini memainkan peranan yang penting dalam
mewujudkan masyarakat yang suka membaca dan berilmu pengetahuan.Ibu bapa
boleh membelikan bahan-bahan ilmiah serti Dewan Pelajar,Al-Risalah dan
sebagainya bagi memupuk minat membaca di kalangan anak-anak sejak mereka
dari kecil lagi.Hal ini, dapat mereka jadikan sebagai amalan yang sihat
apabila mereka dewasa kelak.
Selain
itu juga,melalui membaca kita dapat mengisi masa lapang dengan
aktiviti-aktiviti yang berfaedah.Remaja zaman sekarang seakan sudah
hilang minat membaca kerana mereka lebih gemar menghabiskan masa lapang
dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak,lumba
haram,bercampur lelaki dan perempuan tanpa megira batas-batas agama dan
sebagainya.Oleh itu,berlakulah gejala keruntuhan akhlak di kalangan
remaja yang akan merosakkan negara kerana remaja masa kini adalah
tonggak negara.
Di
samping itu juga, seseorang itu dapat mendalami sesuatu isu dengan
lebih mendalam apabila membuat rujukan sama ada untuk kertas kerja atau
sebaliknya.Bahan bacaan baleh didapati dalam pelbagai versi bahasa
antaranya ialah Bahasa Inggeris,Bahasa Melayu,Bahasa Mandarin dan
sebagainya.Pembaca dapat meningkatkan penguasaan bahasa mereka melalui
pembacaan tersebut.
Oleh
itu,membaca memberikan pelbagai faedah yang amat berguna.Jadikan
membaca sebagai amalan seharian agar kita dapat menjadi masyarakat yang
berilmu pengetahuan dan dapat menjadi rakyat yang berguna kepada
masyarakat, negara dan bangsa.
No comments:
Post a Comment